Berikut adalah kronologi peristiwa-peristiwa penting ke arah pembentukan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen:
1867
Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat dtubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang , Singapura dan Melaka) dari Syarikat India Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial. Majlis merupakan institusi pertama di negara yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden.
1896
Negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan membentuk satu gabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Perkembangan ini merintis jalan ke arah pembentukan satu sistem Kerajaan Persekutuan bagi seluruh negara seperti yang ada sekarang. Badan Perundangan Pusat masih belum wujud dan setiap negeri bergantung kepada Dewan Undangan Negeri masing-masing untuk membuat undang-undang.
1909
Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Council) bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas- Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 orang ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral British, keempat-empat Residen British serta empat orang ahli tidak rasmi. Penubuhan Majlis ini merupakan satu langkah ke arah pemerintahan sistem demokrasi berparlimen.
1927
Raja-raja Negeri Melayu Bersekutu berhenti menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Tempat Raja-raja digantikan dengan empat orang ahli tidak rasmi. Perubahan terus berlaku melibatkan bilangan serta tanggungjawab ahli Majlis. Majlis merupakan satu-satunya badan yang dilantik sepenuhnya sehingga meletusnya Perand Dunia Kedua pada Diesember 1941.
1942
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1942-1945) menyebabkan terhalangnya perkembangan perlembagaan tetapi peristiwa itu telah melahirkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat.
1946
Sebuah Majlis Penasihat (Advisory Council) dibentuk dan dianggotai oleh 13 oang ahli mewakili Neger-negeri Melayu dan dua buat Negeri Selat - Melaka dan Pulau Pinang.
British cuba menyatukan ketiga-tiga sistem pentadbiran (Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu , Negeri Selat - Pulau Pinang dan Melaka) Melalui rancangan Kesatuan Malaya (Malayan Union). Malayan Union ditentang hebat terutama oleh orang-orang Melayu yang dipimpin oleh Dato' Onn Jaafar, Yang Dipertua UMNO ketika itu, Malayan Union ditentang kerana diyakini akan menggugat kedaulatan Raja-raja Melayu.
1948
Penentangan terhadap Malayan Union menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Melalui perjanjian ini Majlis Penasihat digantukan dengan Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dengan jumlah ahli yang dilantik seramai 75 orang (3 hali ex-officio, 11 orang ahli dari Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, 11 orang pegawai British dan seramai 50 orang ahli tidak rasmi). Buat pertama kali Majlis Perundangan mempunyai kelebihan dua pertiga bilangan suara ahli tidak rasmi
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan satu langkah British untuk merangka dasar-dasar asas kerajaan berparlimen.
1951
Sistem Ahli (Member System) yang menjadi perintis kepada sistem kerajaan berkabinet/ Jemaah Menteri seperti yang ada pada hari ini diperkenalkan. Dalam sistem ini ahli-ahli diberikan beberapa portfolio di bawah tanggugjawab mereka.
1952
Raja-raja Melayu telah mengurniakan sebuah cCokmar kepada Majlis Perundangan Persekutuan. Cokmar mempertingkatkan lagi status Majlis kerana Cokmar merupakan satu lambang keagungan, kehormatan sinonim dengan kebesaran sistem demokrasi berparlimen.
1953
Persuruhjaya Tinggi berhneti mempengerusikan Majlis dan tempat beliau digantikan dengan Yang di-Pertua yang dilantik iaitu Dato' Sir Mahmud bin Mat.
1955
Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili wakyat di Majlis Perundangan Persekutuan.
Dalam pilihan raya umum pada Julai 1955 Parti Perikatan, gabungan UMNO, MCA dan MIC berjaya memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang telah dipertandingkan.
YTM Tunku Abdul Rahman Putra dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan beliau membentuk kKabinet atau Jemaah Menteri Pertama Tanah Melayu.
Ahli Majlis Perundangan Persekutuan bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan raya umum (menggantikan 50 orang ahli tidak rasmi), 35 oang ahli yang dilantik mewakili kepentingan kepentingan tertentu, dan 11 orang lagi terdiri daripada Menteri Besar dan wakil-wakil negeri. Ini ialah satu tanda kemajuan yang besar dalam perkembangan sistem demokrasi berpalimen tanah air.
1956
YTM Tunku Abdul Rahma Putra, Ketua Menteri Tanah Melayu mengetuai satu misi ke London untuk menuntuk kemerdekaan. Kerajaan British bersetuju seupaya sebuah kerajaan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal dalam negeri dimulakan dengan serta merta.
1957
Satu Perlembaganan bagi Tanah Melayu telah digubal oleh badan bebas terdiri daripada pakar undang-undang beberapa buah negara Komanwel yang diketuai oleh Lord Reid. Perlembagaan diterima sebulat suara oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen yang berpandukan model Wetminster adalah yang terbaik bagi negara ini.
YTM Tunku Abdul Rahma Putra dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama dengan Jemaah Menteri seramai 12 orang.
Pada 31 Ogos 1957 pengisytiharan kemerdekaan diadakan di Stadium Merdeka.
Majlis Perundangan Persekutuan menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.
Dengan Tercapainya kemerdekaan, negara buat pertama kali mempunyai lambang tumpuan taat setia iaitu Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda ialah DYMM Tuanku Abdul Rahman ibni Al -Marhum Tuanku Muhammad. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, yang di-Pertuan Agong ialah seorang Raja yang berperlembagaan dan dipilih oleh Majlis Raja-Raja.
1959
Satu pilihan raya umum diadakan. Berikutn itu sistem Parlimen dua Dewan yang mengandungai institusi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.
Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 11 September 1959. Dewan Rkyat dengan 10 orang ahli yang dipilih rakyat mula bersidang buat pertama kalinya pada hari itu. Dewan Negara yang mengandungi 38 orang ahli yang dilantik juga bersidang pada hari yang sama. Pada hari bersejarah itu bermulalah sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di tanah air yang merdeka.
1961
Usul untuk menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura oleh YTM Tunku Abdul Rahman diluluskan oleh Dewan Rakyat dan pada 18 Oktober 1961 pertemuan diadakan antara YTM Tunku dengan Perdana Menteri Great Britain di London. Kedua-dua pihak bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia.
1962
Suruhajaya Cobbold di bawah pimpinan Lord Cobbold ditugaskan untuk mengkaji pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan negeri tersebut ke dalam Malaysia. Sebahagian besar rakyat negeri berkenaan bersetuju dengan konsep Malaysia dan Penyata Suruhanjaya Cobbold diterima.
1962
Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara, Sabah dan Sarawak telah dicapai. Semua pihak bersetuju dengan terma Malaysia Agreement. Dewan Undangan Sabah, Sarawak dan Singapura meluluskan resolusi yang membolehkan penubuhan Malaysia. Pengisytiharan Malaysia diadakan pada 16 September 1963.
Dewan Rakyat ketika itu mempunyai 159 orang ahli iaitu 104 orang Tanah Melayu, 16 orang dari Sabah, 24 dari Sarawak dan 15 orang dari Singapura manakala Dewan Negara pula mempunyai 50 orang ahli iaitu 28 orang mewakili 14 Dewan Undangan Negeri dan 22 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
1963
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong III merasmikan pembukaan bangunan Parlimen berhampiran Tasik Perdana pada 2 November 1962.
Parlimen pertama dibubarkan pada 1 Mac 1964 dan pilihan raya umum diadakan pada 25 April 1964.
Bilangan kerusi Dewan Rakyat terus bertambah hingga kepada 222 kerusi pada Parlimen yang ke-12.
Salah satu ciri sistem demokrasi berparlimen ialah mengenai pengasingan kuasa iaitu Badan Perundangan (Ahli Parlimen - Dewan Negara dan Dewan Rakyat), Badan Kehakiman (Hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) dan Badan Eksekutif (jemaah Menteri/Kabinet)
Sumber: Parlimen Malaysia