KERTAS PUTIH RANGKA PERLEMBAGAAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
Pada hari ini dalam tahun 1957, Persetujuan secara sebulat suara telah dicapai untuk menerima Kertas Putih Rangka Perlembagaan bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang meliputi perlembagaan negeri Melaka dan Pulau Pinang. Perkara-perkara penting berkaitan Kertas Putih ini telah dibincangkan terlebih dahulu dalam Perhimpunan Agong UMNO, sebelum ianya diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan London. Antara perkara-perkara yang terkandung dalam rangka Perlembagaan ini ialah berkenaan soal kerakyatan melalui pendaftaran oleh warga asing, bagi memastikan kesetiaan kepada tanahair. Antara lain juga DYMM Yang di-Pertuan Agong melalui perlembagaan INI diberikuasa untuk mengisytiharkan darurat apabila wujudnya ancaman keselamatan di dalam negara. Selain daripada itu juga perlembagaan ini juga memberi kuasa khas kepada Parliman untuk mengeluarkan undang-undang subversif. Berikutan daripada itu pada 2 Julai 1957, Kertas Putih yang mengandungi Rangka Perlembagaan bagi Kemerdekaan Tanah Melayu ini telah diterbitkan di Persekutuan Tanah Melayu dan di London.

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU TELAH DILULUSKAN
Pada hari ini dalam tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan Tanah Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Usaha merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru ini telah dirangka oleh sebuah Suruhanjaya yang dibentuk hasil daripada lawatan Setiausaha Kerajaan British dan perbincangan yang telah diadakan bersama Raja-raja Melayu serta Menteri-
Menteri Perikatan pada bulan Ogos 1955. Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, B.Malik dan Hakim Abdul Hamid telah menyediakan Kertas Putih Persekutuan Tanah Melayu No.15 tahun 1956 dan telah diterbitkan pada 7 Mac 1956 Antara peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan ini ialah mengenai pembentukan sebuah Kerajaan Pusat dengan kuasa autonomi diberikan kepada tiap-tiap negeri dibawah Persekutuan Tanah Melayu dan segala urusan perjalanan pentadbiran dilaksanakan secara persetujuan bersama. Ianya juga menyatakan tentang kedudukan Raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan bagi negeri masing-masing. Sesungguhnya, Perlembagaan yang telah diluluskan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan Malaysia.